Webinar Cybersecurity “Ancaman Siber Dalam Dunia Ai”
21 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2025, telah diadakan Webinar Cybersecurity bertajuk “Ancaman Siber Dalam Dunia AI” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang.
Webinar ini menerangkan secara menyeluruh tentang bagaimana kecerdasan buatan (AI) membuka peluang besar kepada teknologi moden, namun pada masa yang sama membawa risiko keselamatan yang semakin kompleks. Peserta didedahkan kepada realiti bahawa ancaman siber pada era AI bukan lagi sekadar serangan tradisional seperti virus atau penggodaman biasa, tetapi kini melibatkan serangan yang lebih halus dan canggih serta sukar dikesan kerana ia digerakkan oleh AI itu sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: